Wednesday, December 14, 2011

Liputan ringkas SEMINAR "PENAKLUKAN MELAKA OLEH PORTUGIS: REMPAH ATAU MEKAH?"

Tarikh: 11 Disember 2011 (Ahad)
Tempat: Dewan Seminar, Kompleks Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak
Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang
Penyampai: Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor



[1]

Tidak ada mana-mana bahagian dari belahan dunia Islam yang dipertahan kerana bangsanya; tetapi ia dipertahan kerana Islamnya.

Ketika Afonso D Albuqueque membuat persiapan untuk menyerang Diu (India) dan membina fortress di Hormuz (Iran hari ini). Kerajaan Mamluk Mesir menguatkan pengkalannya di Aden (1505) dan menawarkan kepada kerajaan Gujerat sebuah armada yang dipimpin oleh seorang muslim berbangsa Rusia (Maliqueaz) untuk mempertahankan Diu.


(gambar - Portuguese fortress di Hormuz)

[2]

Ketika Afonso D Albuqueque membawa misi yang global sifatnya, kita ulas sejarah penyerangan Portugis di Melaka dalam konteks melayu yang sempit.

Afonso D albuqueque menerima arahan rahsia dari King Manuel 1 untuk menebus kembali Baitul Maqdis dari umat Islam (yang dibebaskan dari tentera salib oleh Salahuddin al-Ayubbi pada tahun 1187). Pelannya ialah menuju jantung Islam (tanah suci yang tiga) melalui Lautan Hindi. Rancangan ini termasuklah mencuri jasad Rasulullah SAW yang mulia untuk mendapatkan semula Gereja Holy Sepulchre di Baitul Maqdis. King Manuel telah menghubungi Louis XII (France), Henry VII (England0, Ferdinand the Catholic (Spain) dan juga menemui Pope Alexander IV (Rom - Vatican) utk mendapatkan restu beliau.

Rujukan: Rujukan - Miguel Bruno Duarte, (The inter-American Institute for Phylosophy, government and Social Thought - Protugal's oriental Odyssey)


Gambar menujukkan Church of the holy Sepulcher - yang dibina kerana memperingati peristiwa Jesus Crist di salib (Commemorating the hill of cruxifiction and tomb of ‘Jesus’)

[3]

Salah seorang dari peserta seminar(beliau kelahiran Indonesia dan seorang pakar jantung (cardiologist di IJN) berkongsi pengalaman. Sewaktu dibangku persekolahan di Indonesia dia bertanya kepada guru beliau 'kenapa Adipati Unus (pangeran Sebrang lor) dari Demak yang diangkat sebagai Pahlawan Nasional Indonesia menyerang portugis di Melaka? Bukankah dia orang 'Indonesia'? Beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan.

Alhamdulillah beliau kini sudah tahu jawapannya...

Pangeran Sebrang Lor (maksudnya yang menyeberang ke utara - Melaka) adalah putera kpd Raden fatah (Sultan Demak yang pertama). Beliau diamanahkan oleh ayahandanya untuk memimpin angkatan laut Demak menyerang Portugis di Melaka dan membebaskan Melaka dari pendudukan Portugis. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1513. Sekitar 20,000 pahlawan Jawa menyertai ekspedisi ini dan sekitar 6,000 gugur syahid. Usaha ini gagal tetapi berjaya melemahkan kedudukan Portugis di Selat Melaka. Peristiwa ini diabadikan dalam pantun terkenal

'Kalau roboh kota melaka.
Papan di Jawa kami dirikan.
Kalau sungguh bagai dikata.
badan dan nyawa hamba serahkan"


gambar menujukkan pusara Raden Fath dan puteranya Fath Yunus (alias) Adipati Unus (alias) Pangeran Seberang Lor.

[4]

Portugis mempunyai harapan cukup besar untuk menawan Baitul Maqdis setelah kuasai Hormuz (sebuah pulau di Iran hari ini).

Pada tahun 1513 Camilio Portio bagi pihak Afonso D Albuquque menyampaikan ucapan kepada Pope Leo X di mana beliau mengatakan "Kini peluang terbuka luas setelah jatuhnya kerajaan Hormuz, jalan menuju Baitul Maqdis (tempat di mana jurupenyelamat (Jesus Christ) dilahirkan akan kembali diperolehi dan diselamatkan dari tangan-tangan kafir (nauzubillah - yang dirujuk di sini adalah muslim) yang secara zalim dan dengan kekafiran mereka menawannya."

"There is thrown open to us by the conquest of the kingdom of Hormuz, the road whereby the holy house of Jerusalem (the country in which our saviour (Jesus Christ) was born) can again be recovered and rescued from the hands of the infidels who tyranically and unrighteously possess it"

Rujukan: Handbuch der Orientalistik Der Nahe und Mittlere Osten; Salma khadra Jayyusi, Manuela Marin, 1992.



[5]

Memusnahkan Mekah adalah dorongan di sebalik serangan Melaka.

Qoutes dari Afonso D Albuqueque

"Saya merasa yakin jika perdagangan Melaka diambil alih dari tangan mereka Kaherah dan Mekah akan hilang sepenuhnya dan tiada rempah yang akan diterima oleh orang Venice kecuali mereka ke Portugal untuk membelinya"

"If we take this trade of Malacca away out of their hands (mamluks - Egyptians, muslims)", he decalred, "Cairo and Mecca will be entirely ruined, and to Venice no spice will be conveyed, except what her merchants go to buy in Portugal"
(Ucapan di atas disampaikan untuk menaikkan semangat askar Portugis yang sudah mulai letih dan ada yang mahu belot dan memberontak.)

Rujukan: Camentarios do Grande Afonso de Albuquerque, edisi ke 2 (Lisbon, 1576) Bhg III, Bab 22-28 dalam Albuquerque:Caesar Timur – Teks-teks pilihan daripada Afonso de Albuquerque dan anaknya, Universiti Malaya, 1995.


gambar pintu gerbang A Famosa yang diberi nama 'Santiago' (Afonso mendakwa beliau melihat kelibat Saint James dalam mimpinya ketika perang sedang berkecamuk di Melaka.. lalu dinamakan pintu gerbang Fortazella du Malacca 'Santiago").

Sekian, terima kasih.